Pembangunan Modal Insan

Pusat Latihan Akuakultur Ko-Nelayan (KATC) berperanan dalam melahirkan usahawan terlatih serta tenaga kerja separa mahir dan mahir dalam bidang akuakultur

Graduan Majlis Konvokesyen SLDN 2023 berpakaian jubah memegang sijil di pentas

Latihan Kemahiran

10+ modul ditawarkan

Latihan Jangka Pendek

30+ kursus disediakan

Kursus Upskilling/Reskilling

Ditawarkan sepanjang tahun

Latihan Industri

Penginapan disediakan

Peserta Program Pembangunan Asnaf Aquapreneur Sabah bergambar bersama memegang sijil selepas taklimat kursus keusahawanan di KATC

Latihan Kemahiran

KATC menawarkan Latihan Kemahiran seperti Akademi Dalam Industri (ADi), SLDN TVET, Latihan Keusahawanan Akuasis dan Belia.

Akademi Dalam Industri (ADi)

Pelaksanaan Latihan Secara Micro - Credential

SLDN TVET

Program jangka panjang dalam tempoh 6 - 8 bulan

Latihan Keusahawanan Akuasis

Untuk siswazah bidang perikanan atau akuakultur yang belum mempunyai pekerjaan dalam tempoh 3 bulan

Latihan Keusahawanan Belia

Keutamaan kepada calon yang telah memulakan projek akuakultur

Kursus Jangka Pendek

Pada tahun 2020, KATC akan memberi penekanan kepada latihan berasaskan teknologi akuakultur terkini seperti aplikasi IOT, biosensor dan biofloc ke arah merealisasikan hala tuju IR 4.0.

30+ kursus ditawarkan
30+ peserta yang boleh sertai
2+ hari tempoh kursus
Majlis penyerahan replika cek sumbangan dana AgroBank RM150,000 untuk Program Pembangunan Asnaf Aquapreneur
Kakitangan dan peserta bergambar sambil mengangkat sijil penghargaan di dewan
Pelajar berbaju Akuakultur SMK Kunak Jaya menghadiri taklimat kelas akuakultur
Majlis Tahniah dan Selamat Datang peserta baharu Pusat Latihan Akuakultur Ko-Nelayan (KATC)-SLDN

Kemudahan di KATC

Pusat Latihan Akuakultur KO-NELAYAN (KATC) menyediakan pelbagai kemudahan bagi menyokong program latihan kemahiran dan keusahawanan akuakultur.

Dewan Kuliah

Ruang pembelajaran untuk sesi kuliah dan taklimat program latihan.

Bilik Mesyuarat

Ruang perbincangan dan mesyuarat bagi urusan rasmi KATC.

Asrama

Penginapan selesa untuk peserta sepanjang program latihan dijalankan.

Kantin

Kemudahan penyediaan makanan untuk peserta dan kakitangan KATC.

Dewan Simulasi

Ruang latihan praktikal bagi simulasi teknik dan amalan akuakultur.

Bilik Sumber

Pusat rujukan dan bahan pembelajaran sokongan latihan.